MT173
SARJANA SAINS
KAUNSELING
Ijazah Sarjana Sains Kaunseling adalah pengajian mod penyelidikan dalam bidang tumpuan kaunseling yang sentiasa berkembang seiring dengan perkembangan global, pendidikan, teknologi dan pendekatan terkini dalam bidang bimbingan dan kaunseling. Penyelidikan boleh dijalankan secara kualitatif, kuantitatif atau mod campuran bagi menggalakkan perkembangan keilmuan, pengetahuan, kemahiran dan amalan terbaik perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan kepada klien, kaunselor, komuniti dan negara. Penyelidikan berfokus kepada bidang tumpuan kaunseling seperti kaunseling sekolah, kerjaya, keluarga dan perkahwinan, pencegahan dan pemulihan salah guna bahan, kaunseling kesihatan mental klinikal, penyeliaan dan sebagainya.
Mod
Tersedia : Penyelidikan
Tempoh Pengajian
Pemohon |
Sepenuh Masa |
Separuh Masa |
Tempatan |
Min : 4 Semester Max : 6 Semester |
Min : 6 Semester Max : 10 Semester |
Antarabangsa |
Min : 4 Semester Max : 6 Semester |
– |