JADUAL KULIAH PROGRAM PENGAJIAN SISWAZAH SEMESTER 1 SESI 2020/2021 DAN PENDAFTARAN KURSUS

Jadual kuliah bagi Semester 1 Sesi 2020/2021 boleh disemak mulai 14 September 2020 (Isnin) di JADUAL KULIAH. Kuliah pertama akan bermula pada 12 Oktober 2020 bagi pelajar Sepenuh Masa dan 16 Oktober 2020 bagi pelajar Separuh Masa.

 

Tindakan yang WAJIB pelajar (MASTER/PHD/EdD) lakukan:

 

Semakan Yuran Pengajian di MyUPSI Portal

19 September 2020 sehingga21 Oktober 2020

Pendaftaran Kursus di Online Student ServiceMySIS (termasuk pelajar Mod Penyelidikan & PhD)

* Pendaftaran hanya boleh dibuat selepas tempoh 24 jam (waktu bekerja) setelah bayaran dibuat. Pembayaran yuran boleh dilakukan mulai 19 September 2020.

*Pendaftaran semester adalah secara automatik selepas pelajar mengemas kini maklumat diri di MySIS.

21 September 2020 sehingga 25 Oktober 2020

Bagi pelajar yang Lewat mengambil tindakan, Denda Lewat Daftar akan di caj mulai 26 Oktober 2020

Lewat Mendaftar Semester

RM10.00/hari

Lewat Mendaftar Kursus/Subjek

RM30.00/kursus

Lewat Menambah Kursus/Subjek

RM10.00/hari

Pelajar akan Diberhentkan Daripada Pengajian sekiranya sebarang tindakan yang telah dinyatakan tidak diambil sehingga minggu ke-7 pengajian.

**Mohon untuk menyemak jadual waktu ini dari semasa ke semasa.