PT68 - Doktor Falsafah (Kejurulatihan Sukan)

Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan yang mampu menjalankan penyelidikan lanjutan dalam bidang kejurulatihan sukan yang akan menyumbang ke arah pengetahuan dan aplikasi semasa dalam bidang tersebut. Program ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk menjalankan penyelidikan secara mendalam berkaitan proses, kaedah dan aplikasi kejurulatihan sukan. Program ini bertujuan untuk melahirkan pakar yang berpendidikan tinggi dan berkebolehan untuk mengamalkan, menjalankan penyelidikan dan pembangunan profesionalisme dalam bidang Kejurulatihan Sukan, serta menyumbang kepada peningkatan sukan negara.

Mod
Tersedia : Penyelidikan
Tempoh Pengajian

Pemohon

Sepenuh Masa

Separuh Masa

Tempatan

Min : 4 Semester

Max : 6 Semester

Min : 6 Semester

Max : 10 Semester

Antarabangsa

Min : 4 Semester

Max : 6 Semester