PT62 - Doktor Falsafah (Ekonomi Kewangan)
Program ini bertujuan untuk melahirkan graduan kedoktoran yang berpengetahuan dan berkebolehan dalam disiplin/bidang ekonomi dari segi teori dan aspek aplikasi juga. Mereka akan dapat menjalankan penyelidikan secara bebas dan beretika menggunakan kemahiran saintifik untuk mensintesis pengetahuan baharu dan menyumbang, kemudian menyebarkan idea-idea inovatif melalui pembentangan atau penerbitan kepada komuniti penyelidikan atau masyarakat. Selain itu, graduan kedoktoran akan sentiasa mengintegrasikan maklumat melalui pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan keperluan dan cabaran semasa.
Mod
Tersedia : Penyelidikan
Tempoh Pengajian
Pemohon |
Sepenuh Masa |
Separuh Masa |
Tempatan |
Min : 4 Semester Max : 6 Semester |
Min : 6 Semester Max : 10 Semester |
Antarabangsa |
Min : 4 Semester Max : 6 Semester |
– |