MT205

SARJANA KOMUNIKASI

PENGAJIAN MEDIA KONTEMPORARI

Program Sarjana Komunikasi (Pengajian Media Kontemporari) menawarkan pendekatan interdisiplin dalam meneroka isu, teori dan amalan dalam ekosistem media masa kini. Program ini memberi penekanan terhadap pemahaman kritikal terhadap transformasi media, penggunaan teknologi digital, serta analisis terhadap budaya komunikasi yang berkembang dalam masyarakat moden. Pelajar akan didedahkan kepada metodologi penyelidikan yang mantap, pembangunan kandungan berimpak, serta aplikasi praktikal dalam pengurusan media dan komunikasi strategik. Program ini melahirkan graduan yang bersifat reflektif, berintegriti dan bersedia menyumbang dalam bidang akademik, industri, dan dasar awam berkaitan media.

Mod

Tersedia : Kerja Kursus & Campuran

Tempoh Pengajian

Pemohon

Sepenuh Masa

Separuh Masa

Tempatan

Min : 6 Semester

Max : 10 Semester

Min : 8 Semester

Max : 14 Semester

Antarabangsa

Min : 6 Semester

Max : 10 Semester

Tujahan Penyelidikan
  • Transformasi Media dan Teknologi Digital
  • Komunikasi Visual dan Budaya Popular
  • Penyelidikan Empirikal dalam Media dan Masyarakat
  • Isu Sosial, Politik dan Media Baharu
  • Strategi Komunikasi dan Pengurusan Reputasi
  • Etika dan Polisi Media dalam Era Digital
  • Naratif, Identiti dan Representasi dalam Media Kontemporari