MT169
SARJANA PENDIDIKAN
PENDIDIKAN JASMANI
Program ini menawarkan program mod penyelidikan yang menyediakan pelajar dengan ilmu lanjutan dalam bidang Pendidikan Jasmani. Program ini melahirkan graduan yang berkemahiran, beretika dan kompeten dalam menjalankan penyelidikan dalam bidang Pendidikan Jasmani. Graduan berupaya untuk menyumbang ilmu pengetahuan dan kefahaman baharu serta berkemahiran dalam penyelesaian masalah secara analitikal dan menghubung kait dengan disiplin ilmu seperti sains sosial dan sains fizikal bagi menghasilkan graduan yang pakar dalam bidang Pendidikan Jasmani berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.
Mod
Tersedia : Penyelidikan
Tempoh Pengajian
Pemohon |
Sepenuh Masa |
Separuh Masa |
Tempatan |
Min : 4 Semester Max : 6 Semester |
Min : 6 Semester Max : 10 Semester |
Antarabangsa |
Min : 4 Semester Max : 6 Semester |
– |
Tujahan Penyelidikan
- Kurikulum dan Metodologi Pendidikan Jasmani
- Kaedah Pengajaran dalam Pendidikan Jasmani
- Pengujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani
- Kecergasan Fizikal
- Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani
- Pengurusan dalam Pendidikan Jasmani
- Kemahiran psikomotor
- Pengurusan tubuh badan
- Kemahiran motor dan pergerakan asas