MT157

SARJANA REKA BENTUK

PEMBELAJARAN BERASASKAN GAMIFIKASI

Program Ijazah Sarjana Reka Bentuk dalam Pembelajaran Berasaskan Permainan menyediakan pelajar dengan pendidikan pengkhususan dalam bidang pembelajaran berasaskan permainan. Ini dicapai melalui penyempurnaan kursus akademik dalam bidang utama dengan projek penyelidikan. Program ini bertujuan untuk menghasilkan graduan dalam bidang reka bentuk, yang profesional dengan pengetahuan terkini, berkemahiran tinggi, serba boleh dan dilengkapi dengan kelebihan daya saing dalam bidang reka bentuk sebagai pemangkin kepada penyelidikan, pembangunan dan inovasi untuk memenuhi prospek masa kini.

Mod

Tersedia : Penyelidikan

Tempoh Pengajian

Pemohon

Sepenuh Masa

Separuh Masa

Tempatan

Min : 4 Semester

Max : 6 Semester

Min : 6 Semester

Max : 10 Semester

Antarabangsa

Min : 4 Semester

Max : 6 Semester

Tujahan Penyelidikan
  • Pembangunan Bentuk Pembelajaran Berasaskan Permainan
  • Kajian Reka Bentuk Pembelajaran Berasaskan Permainan