MT097

SARJANA SAINS

SAINS KEJURULATIHAN

Program ini menawarkan mod penyelidikan yang menyediakan pelajar dengan ilmu lanjutan dalam bidang Kejurulatihan Sukan yang berkemahiran, beretika dan kompeten dalam menjalankan penyelidikan dalam bidang kejurulatihan sukan. Graduan berupaya untuk menyumbang ilmu pengetahuan dan kefahaman baharu dalam bidang pengajian kejurulatihan sukan. Penyelidikan menumpukan kepada bidang kejurulatihan termasuk suaian fizikal, metod kejurulatihan, analisa prestasi, biomekanik dan faktor-faktor yang berkaitan dengan kejurulatihan sukan. Program ini bertujuan melahirkan individu yang berpengetahuan dan menunjukkan profesionalisme dalam bidang Kejurulatihan Sukan, dan menyumbang kepada perkembangan sukan negara.

Mod

Tersedia : Penyelidikan

Tempoh Pengajian

Pemohon

Sepenuh Masa

Separuh Masa

Tempatan

Min : 4 Semester

Max : 6 Semester

Min : 6 Semester

Max : 10 Semester

Antarabangsa

Min : 4 Semester

Max : 6 Semester

Tujahan Penyelidikan
  • Periodisasi Latihan
  • Analisis Prestasi Sukan
  • Pengurusan kejurulatihan
  • Pengenalpastian dan Perkembangan Bakat
  • Metodologi Kejurulatihan
  • Kesan latihan terhadap komponen Sains Sukan (Biomekanik, Pembelajaran Motor, Pemakanan Sukan, Psikologi Sukan, Anatomi dan Fisiologi Manusia, Fisiologi Senaman)
  • Metodologi Kejurulatihan
  • Latihan Kekuatan dan Suaian Fizikal
  • Teknologi dan Inovasi dalam Kejurulatihan Sukan