MT071

SARJANA SAINS

STATISTIK GUNAAN

Statistikal analisis dan permodelan stokastik merupakan sebahagian elemen utama dalam pembangunan saintifik moden, khususnya melibatkan bidang statistik gunaan. Selari dengan kepentingan pengetahuan teknik statistik dalam menghasilkan analisis yang tepat, statistik gunaan juga bermanfaat dalam pelbagai skop industri merangkumi ekonomi, sains, perkomputeran dan pendidikan. Program MSc Statistik Gunaan merupakan program penyelidikan intensif yang dikhususkan untuk penerokaan lebih mendalam berkenaan teknik statistik dalam penyelesaian masalah aplikasi statistik. Matlamat program adalah untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran yang kukuh dalam kaedah dan analisis statistik. Melalui program ini, pelajar dapat mempersiapkan diri untuk menjadi seorang profesional yang berdikari dalam pelbagai bidang berkaitan statistik terutamanya industri berasaskan penyelidikan.

Mod

Tersedia : Penyelidikan

Tempoh Pengajian

Pemohon

Sepenuh Masa

Separuh Masa

Tempatan

Min : 4 Semester

Max : 6 Semester

Min : 6 Semester

Max : 10 Semester

Antarabangsa

Min : 4 Semester

Max : 6 Semester