MT016
SARJANA PENDIDIKAN
SAINS SUKAN
Program ini menawarkan mod penyelidikan, mod campuran dan mod kerja kursus bagi menyediakan pelajar dengan ilmu lanjutan dalam bidang Pendidikan Sains Sukan. Program ini menawarkan kursus lanjutan seperti Reka bentuk dan Pentaksiran Kurikulum Sains Sukan, Pentaksiran dalam Sains Sukan, Sains Pergerakan, Teknologi dalam Sains Sukan, Psikologi Sukan, Sains Kesihatan serta Penyelidikan dan Statistik. Program ini menyediakan graduan dengan pengetahuan lanjutan yang berkemahiran dalam penyelesaian masalah secara analitikal dan menghubung kait dengan disiplin ilmu seperti sains sosial dan sains fizikal bagi menghasilkan graduan yang pakar dalam bidang Pendidikan Sains Sukan berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara.
Mod
Tersedia : Penyelidikan, Mod Campuran, Kerja Kursus
Tempoh Pengajian (Mod Campuran)
Pemohon |
Sepenuh Masa |
Separuh Masa |
Tempatan |
Min : 3 Semester Max : 6 Semester |
Min : 4 Semester Max : 10 Semester |
Antarabangsa |
Min : 3 Semester Max : 6 Semester |
– |
Tempoh Pengajian (Penyelidikan)
Pemohon |
Sepenuh Masa |
Separuh Masa |
Tempatan |
Min : 4 Semester Max : 6 Semester |
Min : 6 Semester Max : 10 Semester |
Antarabangsa |
Min : 4 Semester Max : 6 Semester |
– |
Tujahan Penyelidikan
- Kurikulum dan Metodologi Pendidikan Sains Sukan (Biomekanik, Pembelajaran Motor, Pemakanan Sukan, Psikologi Sukan, Anatomi dan Fisiologi Manusia, Fisiologi Senaman)
- Kaedah Pengajaran dalam Sains Sukan
- Pengujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Sains Sukan
- Pengurusan Sukan dalam Pendidikan
- Sosiologi Sukan dalam Pendidikan Sains Sukan
- Teknologi dan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran dalam Sains Sukan
- Pendidikan Luar dan Rekreasi
- Rehabilitasi Sukan dalam Pendidikan Sains Sukan