MT011

SARJANA PENDIDIKAN

PENGURUSAN PENDIDIKAN

Program Sarjana Pengurusan Pendidikan dibentuk dengan matlamat untuk melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan luas, dapat mengaplikasikan kemahiran profesional, saintifik, digital, numerasi serta berupaya membina pengetahuan baharu dalam bidang Pengurusan Pendidikan. Selain itu, program ini menyediakan graduan dengan kemahiran lanjutan khusus dalam bidang Pengurusan Pendidikan agar mereka dapat menyumbang idea dan inovasi untuk penambahbaikan sistem Pengurusan Pendidikan sedia ada. Secara tidak langsung graduan program ini membantu menyumbang kepada pembangunan pendidikan masyarakat dan negara.

Mod

Tersedia : Penyelidikan, Mod Campuran, Kerja Kursus

Tempoh Pengajian

Pemohon

Sepenuh Masa

Separuh Masa

Tempatan

Min : 4 Semester

Max : 6 Semester

Min : 6 Semester

Max : 10 Semester

Antarabangsa

Min : 4 Semester

Max : 6 Semester

Tujahan Penyelidikan
  • Pembelajaran Profesional
  • Komuniti Pembelajaran Profesional
  • Organisasi Pembelajaran
  • Kepimpinan Pendidikan
  • Pengurusan Pendidikan
  • Pengurusan Pengetahuan
  • Tingkahlaku Organisasi Pendidikan
  • Pembangunan Kepimpinan
  • Pengurusan Teknologi Masa Depan
  • Pengurusan Kendiri
  • Pengurusan Berpasukan
  • Pengurusan Sekolah
  • Komunikasi Keorganisasian
  • Isu dan Dasar Pendidikan
  • Kepimpinan Keselamatan dan Kesihatan dalam Pendidikan
  • Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan dalam Pendidikan
  • Pengurusan Risiko dalam Pendidikan
  • Pembangunan Sekolah
  • Latihan dan Pembangunan
  • Pendidikan Komparatif
  • Pengurusan Kualiti dalam Pendidikan