PENGHANTARAN BORANG LAPORAN KEMAJUAN PENYELIDIKAN SISWAZAH (LKPS) BAGI SEMESTER 1 SESI 2022/2023

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Sila ambil maklum bahawa mengikut Peraturan Pengajian Siswazah, status pelajar (Sarjana secara Penyelidikan, Penyelidikan & Kerja Kursus (yang telah mendaftar Disertasi sahaja) dan Kedoktoran) untuk setiap semester adalah berdasarkan kepada laporan kemajuan penyelidikan yang dibuat secara online melalui MyUPSI Portal.

Pelajar diminta untuk menghantar laporan tersebut bermula dari 03 Oktober 2022 sehingga 09 Januari 2023. Selepas menghantar laporan kemajuan, pelajar diminta untuk menghubungi penyelia supaya menilai laporan tersebut. Pelajar akan menerima memo melalui MyUPSI Portal yang menyatakan bahawa penyelia telah menilai laporan kemajuan tersebut.

Sebarang pertanyaan dan bantuan, sila hubungi staf Unit Penyeliaan (Pn. Fatimah / Pn. Amirah / Cik Hajar – 05-4505485/5480 @ Hotline – 017-600 5485)

Sekian, terima kasih.