PELAJAR PASCASISWAZAH : PENGHANTARAN BORANG LAPORAN KEMAJUAN PENYELIDIKAN SISWAZAH
BAGI SEMESTER 2 SESI 2023/2024

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Sila ambil maklum bahawa mengikut Peraturan Pengajian Siswazah, status pelajar (Sarjana secara Penyelidikan, Penyelidikan & Kerja Kursus (yang telah mendaftar Disertasi sahaja) dan Kedoktoran) untuk setiap semester adalah berdasarkan kepada laporan kemajuan penyelidikan yang dibuat secara online melalui MyUPSI Portal.

Pelajar diminta untuk menghantar laporan tersebut bermula dari 18hb Mac 2024 sehingga 1hb Julai 2024. Selepas menghantar laporan kemajuan, pelajar diminta untuk menghubungi penyelia supaya menilai laporan tersebut. Pelajar akan menerima memo melalui MyUPSI Portal yang menyatakan bahawa penyelia telah menilai laporan kemajuan tersebut.

Sebarang pertanyaan dan bantuan, sila hubungi Unit Penyeliaan (05 450 5485 / 5480 / 7010 /5267 /5266 /5479, UPPP Hotline 017-600 5485).

Sekian, terima kasih.