PELAJAR PASCASISWAZAH: NOTIS PENTING PERUBAHAN LOKASI PEPERIKSAAN SEMESTER 2 SESI 2024/2025

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Seperti sedia maklum, Peperiksaan Akhir Semester 2 Sesi 2024/2025 akan berlangsung mulai 14 Julai 2025 sehingga 27 Julai 2025 bagi Program Pascasiswazah.
3. Namun, terdapat Perubahan Lokasi Dewan Peperiksaan atas perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.
4. Sehubungan itu, mohon perhatian dan tindakan semua pelajar untuk menyemak dan Mencetak Semula Slip Menduduki Peperiksaan Akhir melalui portal pautan https://unistudent.upsi.edu.my/login mulai 3hb Julai 2025 (8.00 pagi) dan dikehendaki membawa slip peperiksaan tersebut ke dewan peperiksaan.

Mohon perhatian mengenai perkara berikut:

1. Slip menduduki peperiksaan adalah dokumen rasmi yang wajib dibawa ke dewan/bilik peperiksaan.(Mohon dicetak dengan maklumat yang terkini).
2. Sila pastikan semua maklumat yang dinyatakan dalam slip adalah betul.
3. Pelajar dibenarkan menduduki peperiksaan bagi kursus yang didaftarkan sahaja.
4. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan, sila hubungi Unit Peperiksaan, IPS (05-4507010) untuk membuat pembetulan.
5. Slip menduduki peperiksaan tidak boleh diconteng.