MAKLUMAN PEMBAYARAN YURAN DAN PENDAFTARAN SEMESTER/KURSUS BAGI SEMESTER 2 SESI 2021/2022

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

Dimaklumkan pendaftaran semester dan kursus telah dibuka kepada pelajar mulai 21 Mac 2022 hingga 24 April 2022. Sehubungan itu pelajar diminta membuat tindakan berikut:

BILTINDAKANTARIKH
1.

Menjelaskan bayaran yuran pengajian sebelum pendaftaran semester/kursus

https://epayment.upsi.edu.my

Sebarang pertanyaan berkaitan yuran mohon hubungi:

Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari :

015-48797761 atau emel ukpk@bendahari.upsi.edu.my

15 Mac 2022 –
20 April 2022
2.

Pendaftaran semester/kursus melalui https://unistudent.upsi.edu.my/login

(termasuk pelajar Sarjana Penyelidikan dan Doktor Falsafah)

  • Pendaftaran kursus hanya boleh dilakukan selepas 48 Jam pembayaran Yuran dijelaskan (Hari bekerja).
  • Pendaftaran semester adalah automatik sebaik sahaja pelajar mengemaskini maklumat diri.
  • Rujuk Jadual Kuliah di https://ips.upsi.edu.my dan Struktur Program di MyUPSI portal.(mohon rujuk pihak fakulti berkaitan struktur program)

Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran semester/kursus mohon hubungi:

Unit Pengkuliahan, IPS 05- 4505495 atau emel up.ips@upsi.edu.my.

21 Mac 2022 –
24 April 2022
3.Denda lewat mendaftar semester/kursus akan bermula 25 April 2022.

Lewat Mendaftar Semester : RM10.00/day

Lewat Tambah/Gugur Kursus : RM30.00/course

Lewat Tambah/Gugur Kursus : RM10.00/day

4.

Notis Permberhentian:

Notis pemberhentian akan diberikan sekiranya pelajar tidak mengambil sebarang tindakan sehingga Minggu Ke-7.

30 Mei 2022
5.

Penangguhan Pengajian:

Pelajar yang ingin memohon penangguhan pengajian bagi Semester 2 Sesi 2021/2022, permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui https://unistudent.upsi.edu.my/login sebelum 29 Mei 2022 (sebelum minggu ke-7).

Penangguhan pengajian selain faktor kesihatan dikategorikan sebagai penangguhan kira semester. Tuan/puan tidak perlu menjelaskan yuran pengajian bagi semester yang ditangguh sekiranya penangguhan dilakukan sebelum minggu ke-7. Sekiranya tuan/puan telah membuat pembayaran, yuran tersebut akan dibawa ke semester hadapan.

21 Mac 2022 –
29 Mei 2022