MAKLUMAN PEMBAYARAN YURAN DAN PENDAFTARAN SEMESTER/KURSUS BAGI SEMESTER 1 SESI 2022/2023
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
Dimaklumkan pendaftaran semester dan kursus telah dibuka kepada pelajar mulai 26 September 2022 hingga 30 Oktober 2022. Sehubungan itu pelajar diminta membuat tindakan berikut:
BIL | TINDAKAN | TARIKH |
1. | Menjelaskan bayaran yuran pengajian sebelum pendaftaran semester/kursus
Sebarang pertanyaan berkaitan yuran mohon hubungi: Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari : 015-48797761/013-5122040 atau emel ukpk@bendahari.upsi.edu.my |
15 September 2022 – 30 Oktober 2022 |
2. | Pendaftaran semester/kursus melalui https://unistudent.upsi.edu.my/login
(termasuk pelajar Sarjana Penyelidikan dan Doktor Falsafah)
Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran semester/kursus mohon hubungi: Unit Pengkuliahan, IPS 05- 4505495 atau emel up.ips@upsi.edu.my. |
26 September 2022 – 30 Oktober 2022 |
3. | Denda lewat mendaftar semester/kursus akan bermula 31 Oktober 2022. | Lewat Mendaftar Semester : RM10.00/day
Lewat Tambah/Gugur Kursus : RM30.00/course Lewat Tambah/Gugur Kursus : RM10.00/day |
4. | Notis Permberhentian:
Notis pemberhentian akan diberikan sekiranya pelajar tidak mengambil sebarang tindakan sehingga Minggu Ke-7. |
05 Disember 2022 |
5. | Penangguhan Pengajian:
Pelajar yang ingin memohon penangguhan pengajian bagi Semester 1 Sesi 2022/2023, permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui https://unistudent.upsi.edu.my/login sebelum 04 Disember 2022 (sebelum minggu ke-7). Penangguhan pengajian selain faktor kesihatan dikategorikan sebagai penangguhan kira semester. Tuan/puan tidak perlu menjelaskan yuran pengajian bagi semester yang ditangguh sekiranya penangguhan dilakukan sebelum minggu ke-7. Sekiranya tuan/puan telah membuat pembayaran, yuran tersebut akan dibawa ke semester hadapan. |
26 September 2022 – 04 Disember 2022 |