KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN AKHIR PROGRAM PENGAJIAN SISWAZAH BAGI SEMESTER 1 SESI 2023/2024 (SARJANA & DOKTOR FALSAFAH)

A) Semakan Keputusan
i. Bermula 6hb Mac 2024 (Rabu)
ii. UniSIS : https://emysis.upsi.edu.my/login

B) Proses Rayuan Semak Semula Keputusan
i. Kursus yang mempunyai Peperiksaan Akhir sahaja.
ii. Melengkapkan dan menghantar borang (Rayuan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Akhir) dalam tempoh dua (2) minggu selepas keputusan peperiksaan diumumkan. Borang boleh dimuat turun di laman web IPS.
iii. Bayaran bagi semakan semula adalah sebanyak RM 100.00 setiap kursus.
iv. Rayuan selepas 20hb Mac 2024 (Rabu) tidak akan diproses.
v. Keputusan pentaksiran akhir ini tertakluk kepada keputusan SENAT Universiti.

C) FAQ
i. Tiada Paparan Keputusan Peperiksaan
– pelajar yang mempunyai hutang, perlu menjelaskan bayaran sebelum menghubungi pihak IPS.
ii. Tidak boleh log masuk UniSIS (selepas menukar kata laluan)
– Emel nama dan no. matrik ke uppp.ips@upsi.edu.my untuk bantuan lanjut.

D) Hubungi IPS
i. Ms. Rosmawati (05-4507010), email: rosmawati@upsi.edu.my

Sekian, terima kasih.