KEPUTUSAN PENTAKSIRAN AKHIR PROGRAM PENGAJIAN SISWAZAH BAGI SEMESTER 1 SESI 2021/2022
(SARJANA & DOKTOR FALSAFAH)

Perhatian!!!

Keputusan Pentaksiran Akhir bagi pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah boleh disemak mulai 2 Mac 2022 (Rabu) secara UniSIS (Student) https://unistudent.upsi.edu.my/login atau secara EMEL – Mail Siswa http://mail.siswa.upsi.edu.my .

Bagi pelajar yang ingin mengemukakan rayuan semakan semula keputusan akhir boleh mengisi dan menghantar Borang Rayuan Semakan Semula kepada IPS dalam tempoh dua (2) minggu selepas keputusan pentaksiran akhir diumumkan. Sebarang rayuan selepas daripada tempoh ini tidak akan dipertimbangkan. Bayaran bagi semakan semula adalah sebanyak RM 100.00 setiap kursus. Walau bagaimanapun, keputusan pentaksiran akhir ini tertakluk kepada keputusan SENAT Universiti.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 05-4505490. (Pn. Rosmawati) atau emel rosmawati@upsi.edu.my.

**Perhatian: Kepada pelajar yang masih berhutang, sila jelaskan bayaran dan hubungi pihak IPS untuk tindakan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.