KEPUTUSAN PENTAKSIRAN AKHIR PROGRAM PENGAJIAN SISWAZAH BAGI SEMESTER 1 SESI 2020/2021 (MASTER & PHD)

Perhatian!!!

Keputusan Pentaksiran Akhir bagi pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah boleh disemak mulai 22 Februari 2021 (Isnin) secara MYSIS ONLINE atau secara EMEL – Mail Siswa. Sila layari  http://mysis.upsi.edu.my  atau  http://mail.siswa.upsi.edu.my  untuk semakan.

Bagi pelajar yang ingin mengemukakan rayuan semakan semula keputusan akhir boleh mengisi dan menghantar Borang Rayuan Semakan Semula kepada IPS dalam tempoh dua (2) minggu selepas keputusan peperiksaan diumumkan. Sebarang rayuan selepas daripada tempoh ini tidak akan dipertimbangkan. Bayaran bagi semakan semula adalah sebanyak RM 100.00 setiap kursus. Walau bagaimanapun, keputusan peperiksaan ini tertakluk kepada keputusan SENAT Universiti.
 
Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 05-4505490 (Pn. Rosmawati) atau emel rosmawati@upsi.edu.my.
 
**Perhatian: Kepada pelajar yang masih berhutang, sila jelaskan bayaran dan hubungi pihak IPS untuk tindakan selanjutnya.
 
Sekian, terima kasih.