JADUAL KULIAH PROGRAM PENGAJIAN SISWAZAH SEMESTER 1 SESI 2021/2022 DAN PENDAFTARAN KURSUS

Jadual kuliah bagi Semester 1 Sesi 2021/2022 boleh disemak mulai 13 September 2021 (Isnin) di JADUAL KULIAH. Kuliah pertama akan bermula pada 04 Oktober 2021 bagi pelajar Sepenuh Masa dan 24 Oktober 2021 bagi pelajar Separuh Masa.

Tindakan yang WAJIB pelajar (MASTER/PHD/EdD) lakukan :

BIL

TINDAKAN

TARIKH

1.

Menjelaskan bayaran yuran pengajian sebelum pendaftaran semester/kursus epayment.upsi

Sebarang pertanyaan berkaitan yuran mohon hubungi:

Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari  : 

015-48797761 atau emel ukpk@bendahari.upsi

06 September 2021 hingga 27 Oktober 2021
2.

Pendaftaran semester/kursus melalui emysis.upsi

(termasuk pelajar Sarjana Penyelidikan dan Doktor Falsafah)

  • Pendaftaran kursus hanya boleh dilakukan selepas 48 Jam pembayaran Yuran dijelaskan (Hari bekerja).
  • Pendaftaran semester adalah automatik sebaik sahaja pelajar mengemaskini maklumat diri.
  • Rujuk Jadual Kuliah dan Struktur Program di MyUPSI portal.(mohon rujuk pihak fakulti berkaitan struktur program)

Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran semester/kursus mohon hubungi:

Unit Pengkuliahan, IPS

05-450 5495 atau emel up.ips@upsi.

13 September 2021 hingga 31 Oktober 2021
3.Denda lewat mendaftar semester/kursus akan bermula 1 November 2021.

Lewat Mendaftar Semester : RM10.00/hari

Lewat Tambah/Gugur Kursus : RM30.00/kursus

Lewat Tambah/Gugur Kursus : RM10.00/day

Denda lewat akan dikenakan sekiranya pelajar membuat pembayaran selepas 1 November 2021. Notis pemberhentian akan diberikan sekiranya pelajar tidak mengambil sebarang tindakan sehingga minggu ketujuh (5 Disember 2021).