JADUAL KULIAH DAN PENDAFTARAN KURSUS PROGRAM PENGAJIAN SISWAZAH SEMESTER 1 SESI 2022/2023
Jadual kuliah bagi Semester 1 Sesi 2022/2023 boleh disemak mulai 26 September 2022 (Isnin) di JADUAL KULIAH. Kuliah pertama akan bermula pada 17 Oktober 2022.
Tindakan yang WAJIB pelajar (MASTER/PHD/EdD) lakukan :
| BIL | TINDAKAN | TARIKH | 
| 1. | Menjelaskan bayaran yuran pengajian sebelum pendaftaran semester/kursus epayment.upsi Sebarang pertanyaan berkaitan yuran mohon hubungi: Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari : 015-48797761 atau emel ukpk@bendahari.upsi | 15 September 2022 hingga 26 Oktober 2022 | 
| 2. | Pendaftaran semester/kursus melalui https://unistudent.upsi.edu.my/login (termasuk pelajar Sarjana Penyelidikan dan Doktor Falsafah) 
 Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran semester/kursus mohon hubungi: Unit Pengkuliahan, IPS 05-450 5495 atau emel up.ips@upsi. | 26 September 2022 hingga 30 Oktober 2022 | 
| 3. | Denda lewat mendaftar semester/kursus akan bermula 31 Oktober 2022. | Lewat Mendaftar Semester : RM10.00/hari Lewat Tambah/Gugur Kursus : RM30.00/kursus Lewat Tambah/Gugur Kursus : RM10.00/day | 
Denda lewat akan dikenakan sekiranya pelajar membuat pembayaran selepas 31 Oktober 2022. Notis pemberhentian akan diberikan sekiranya pelajar tidak mengambil sebarang tindakan sehingga minggu ketujuh (04 Disember 2022).


