KEPUTUSAN PENTAKSIRAN AKHIR PROGRAM PENGAJIAN SISWAZAH
BAGI SEMESTER 2 SESI 2019/2020
(SARJANA & PHD)
Perhatian!!!
 
Keputusan Pentaksiran Akhir bagi pelajar Sarjana dan Doktor Falsafah boleh disemak mulai 14 September 2020 secara MYSIS ONLINE atau secara EMEL – Mail Siswa. Sila layari http://mysis.upsi.edu.my atau http://mail.siswa.upsi.edu.my untuk semakan.
 
Bagi pelajar yang ingin mengemukakan rayuan semakan semula keputusan akhir boleh mengisi
dan menghantar Borang Rayuan Semakan Semula kepada IPS dalam tempoh dua (2) minggu
selepas keputusan peperiksaan diumumkan. Sebarang rayuan selepas daripada tempoh ini tidak
akan dipertimbangkan. Bayaran bagi semakan semula adalah sebanyak RM 100.00 setiap kursus.
Walau bagaimanapun, keputusan peperiksaan ini tertakluk kepada keputusan SENAT Universiti.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 05-4505490. (Pn. Rosmawati) atau emel rosmawati@upsi.edu.my.

**Perhatian: Kepada pelajar yang masih berhutang, sila jelaskan bayaran dan hubungi
pihak IPS untuk tindakan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.