MAKLUMAN PEMBAYARAN YURAN DAN PENDAFTARAN SEMESTER/KURSUS BAGI SEMESTER 1 SESI 2023/2024
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
Dimaklumkan pendaftaran semester dan kursus akan dibuka kepada pelajar mulai 25 September 2023 hingga 24 Oktober 2023. Sehubungan itu pelajar (termasuk pelajar Sarjana Penyelidikan dan Kedoktoran) diminta membuat tindakan berikut:
BIL | TINDAKAN | TARIKH |
1. |
Menjelaskan bayaran yuran pengajian sebelum pendaftaran semester/kursus
Sebarang pertanyaan berkaitan yuran mohon hubungi: Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari : 015-48797761/013-4580580 atau emel ukpk@bendahari.upsi.edu.my |
20 September 2023 – 24 Oktober 2023 |
2. |
Pendaftaran semester/kursus melalui https://unistudent.upsi.edu.my/login (termasuk pelajar Sarjana Penyelidikan dan Doktor Falsafah)
v Pendaftaran kursus hanya boleh dilakukan selepas 48 Jam pembayaran Yuran dijelaskan (Hari bekerja).
v Pendaftaran semester adalah automatik sebaik sahaja pelajar mengemaskini maklumat diri.
v Rujuk Jadual Kuliah di https://ips.upsi.edu.my dan Struktur Program di https://unistudent.upsi.edu.my/login.(mohon rujuk pihak fakulti berkaitan struktur program)
Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran semester/kursus mohon hubungi: Unit Pengkuliahan, IPS 05- 450 5495 atau emel up.ips@upsi.edu.my. |
25 September 2023 – 29 Oktober 2023 |
3. |
Denda lewat mendaftar semester/kursus akan bermula 30 Oktober 2023 | Lewat Mendaftar Semester : RM10.00/hari Lewat Tambah/Gugur Kursus : RM30.00/kursus Lewat Tambah/Gugur Kursus : RM10.00/day |
4. |
Notis Pemberhentian: Notis pemberhentian akan diberikan sekiranya pelajar tidak mengambil sebarang tindakan sehingga Minggu Ke-7.
|
04 Disember 2023 |
5. | Penangguhan Pengajian:
Pelajar yang ingin memohon penangguhan pengajian bagi Semester 1 Sesi 2023/2024, permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui https://unistudent.upsi.edu.my/login sebelum 03 Disember 2023 (sebelum minggu ke-7).
i. Penangguhan pengajian selain faktor kesihatan dikategorikan sebagai penangguhan kira semester.
ii. Tuan/puan tidak perlu menjelaskan yuran pengajian bagi semester yang ditangguh sekiranya penangguhan dilakukan sebelum minggu ke-7. Sekiranya tuan/puan telah membuat pembayaran, yuran tersebut akan dibawa ke semester hadapan.
iii. Tempoh penangguhan pengajian adalah tidak boleh dua (2) semester berturut-turut.
iv. Pelajar yang berada dalam semester akhir/ maksimum pengajian tidak layak untuk menangguhkan pengajian.
v. Pelajar yang berada dalam semester akhir/ maksimum pengajian tidak layak untuk menangguhkan pengajian.
|
25 September 2023 – 03 Disember 2023 |
Sebarang pertanyaan, mohon hubungi unit Pengkuliahan di talian 05- 4505495 atau emel up.ips@upsi.edu.my.
Terima Kasih