MAKLUMAN PEMBAYARAN YURAN DAN PENDAFTARAN SEMESTER/KURSUS BAGI SEMESTER 1 SESI 2021/2022
Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.
Dimaklumkan pendaftaran semester dan kursus telah dibuka kepada pelajar mulai 13 September 2021 hingga 31 Oktober 2021. Sehubungan itu pelajar diminta membuat tindakan berikut:
BIL | TINDAKAN | TARIKH |
1. | Menjelaskan bayaran yuran pengajian sebelum pendaftaran semester/kursus Sebarang pertanyaan berkaitan yuran mohon hubungi: Unit Kewangan Pelajar, Jabatan Bendahari : 015-48797761 atau emel ukpk@bendahari.upsi.edu.my | 06 September 2021 – 27 Oktober 2021 |
2. | Pendaftaran semester/kursus melalui https://emysis.upsi.edu.my/login (termasuk pelajar Sarjana Penyelidikan dan Doktor Falsafah)
Sebarang pertanyaan berkaitan pendaftaran semester/kursus mohon hubungi: Unit Pengkuliahan, IPS 05- 4505495 atau emel up.ips@upsi.edu.my. | 13 September 2021 – 31 Oktober 2021 |
3. | Denda lewat mendaftar semester/kursus akan bermula 1 November 2021. | Lewat Mendaftar Semester : RM10.00/day Lewat Tambah/Gugur Kursus : RM30.00/course Lewat Tambah/Gugur Kursus : RM10.00/day |
4. | Notis Permberhentian: Notis pemberhentian akan diberikan sekiranya pelajar tidak mengambil sebarang tindakan sehingga Minggu Ke-7. | 5 Disember 2021 |
5. | Penangguhan Pengajian: Pelajar yang ingin memohon penangguhan pengajian bagi Semester 1 Sesi 2020/2021, permohonan perlu dibuat secara dalam talian melalui MyUPSI Portal sebelum 05 Disember 2021 (sebelum minggu ke-7). Penangguhan pengajian selain faktor kesihatan dikategorikan sebagai penangguhan kira semester. Tuan/puan tidak perlu menjelaskan yuran pengajian bagi semester yang ditangguh sekiranya penangguhan dilakukan sebelum minggu ke-7. Sekiranya tuan/puan telah membuat pembayaran, yuran tersebut akan dibawa ke semester hadapan. Bersama-sama ini juga disertakan Panduan Penggunaan Penangguhan dan Pemberhentian Pengajian untuk rujukan. | 13 September – 4 Disember 2021 |