PERINGATAN MESRA : [PELAJAR] PENGHANTARAN BORANG LAPORAN KEMAJUAN PENYELIDIKAN SISWAZAH
(LKPS) BAGI SEMESTER 1 SESI 2025/2026

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Sila ambil maklum bahawa mengikut Peraturan Pengajian Siswazah, status pelajar (Kedoktoran dan Sarjana secara Penyelidikan, Penyelidikan & Kerja Kursus (yang telah mendaftar Disertasi sahaja) dan Kertas Projek (yang telah mendaftar Kertas Projek sahaja)) bagi setiap semester adalah berdasarkan kepada laporan kemajuan penyelidikan
yang dibuat secara online melalui UniSIS . Klik di sini untuk manual pengguna.

Pelajar diminta untuk menghantar laporan tersebut bermula dari 06 Oktober 2025 sehingga 29 Disember 2025. Selepas menghantar laporan kemajuan, pelajar diminta untuk menghubungi penyelia supaya menilai laporan tersebut. Pelajar akan menerima memo melalui UniSIS yang menyatakan bahawa penyelia telah menilai laporan kemajuan tersebut.

Sebarang pertanyaan dan bantuan, sila hubungi Unit Penyeliaan (05 450 5485/5480/7010/5267/5266/5479, Hotline UPPP 017-600 5485).

Sekian, terima kasih.

Nota:
Mohon pastikan LKPS telah dihantar dan mendapat kelulusan daripada penyelia.