PELAJAR PASCASISWAZAH :
PENGHANTARAN BORANG LAPORAN KEMAJUAN PENYELIDIKAN SISWAZAH (LKPS) BAGI SEMESTER 2 SESI 2024/2025
Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
Dimaklumkan bahawa mengikut Peraturan Pengajian Lepasan Ijazah, status pelajar (Kedoktoran dan Sarjana secara Penyelidikan, Mod Campuran (terpakai untuk mereka yang telah mendaftar Disertasi sahaja), Projek Kertas (terpakai untuk mereka yang telah mendaftar projek Kertas sahaja)) ditentukan setiap semester berdasarkan penyerahan Laporan Kemajuan Penyelidikan yang diisi secara online melalui UniSIS.
Pelajar diminta untuk menghantar laporan tersebut bermula 17 Mac 2025 hingga 30 Jun 2025. Selepas menghantar laporan kemajuan, pelajar diminta untuk menghubungi penyelia supaya menilai laporan tersebut. Pelajar akan menerima memo melalui UniSIS yang menyatakan bahawa penyelia telah menilai laporan kemajuan tersebut.
Sebarang pertanyaan dan bantuan, sila hubungi Unit Penyeliaan (05 450 5485/5480/7010/5267/ 5266/5479, Hotline UPPP 017-600 5485).
Sekian, terima kasih.