MT036
SARJANA PENDIDIKAN
TEKNOLOGI MAKLUMAT
Program Sarjana Pendidikan (Teknologi Maklumat) ini bermatlamat untuk meningkatkan mutu kesarjanaan dan professionalisme dalam bidang Teknologi Pendidikan di kalangan pendidik, pentadbir dalam sektor pendidikan, pelatih guru, pereka bentuk instruksional dan ahli professional dalam bidang yang berkaitan. Program ini juga bertujuan untuk menghasilkan graduan yang berkebolehan mengintegrasikan konsep-konsep dalam teori, pengetahuan, pengalaman dan amalan semasa agar dapat diaplikasikan selari dengan perkembangan teknologi pendidikan terkini, di samping menghasilkan graduan yang berkebolehan untuk berfikiran kritis dalam melaksanakan penyelidikan dalam bidang teknologi pendidikan.
Mod
Tersedia : Penyelidikan, Mod Campuran, Kerja Kursus
Tempoh Pengajian
Pemohon |
Sepenuh Masa |
Separuh Masa |
Tempatan |
Min : 4 Semester Max : 6 Semester |
Min : 6 Semester Max : 10 Semester |
Antarabangsa |
Min : 4 Semester Max : 6 Semester |
– |
Tujahan Penyelidikan
- Pembangunan Teknologi Baharu