PENGHANTARAN LAPORAN KEMAJUAN PENYELIDIKAN SISWAZAH (LKPS) SECARA ONLINE

Sila ambil maklum bahawa mengikut Peraturan Pengajian Siswazah, status pelajar (Sarjana secara Penyelidikan, Penyelidikan & Kerja Kursus (yang telah mendaftar Disertasi) dan PhD) untuk setiap semester adalah berdasarkan kepada laporan kemajuan penyelidikan yang dibuat secara online melalui MyUPSI Portal.

Pelajar diminta untuk menghantar laporan tersebut bermula dari 10 Oktober 2020 sehingga 3 Januari 2021. Selepas menghantar laporan kemajuan, pelajar diminta untuk menghubungi penyelia supaya menilai laporan tersebut. Pelajar akan menerima memo melalui MyUPSI Portal yang menyatakan bahawa penyelia telah menilai laporan kemajuan tersebut.

Sebarang pertanyaan dan bantuan, sila hubungi staf Unit Tesis (Pn. Fatimah / Pn. Haiza / Pn. Amirah –
05-4505485/5480)

Sekian, terima kasih.